KUALA LUMPUR: Kaedah terbaik untuk mengembalikan kepercayaan dalam sektor korporat dan komersial di Malaysia adalah dengan mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap mana-mana pelaku kesalahan.
Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas berkata undang-undang Malaysia secara amnya sangat baik tetapi penguatkuasaan perlu ditingkatkan.
“Sekiranya mesej penguatkuasaan kerajaan baharu kekal terang dan jelas, perbuatan salah patut dikurangkan.
